Saturday, November 30, 2013

Puding Milo Lapis Oreo
Text size  
Bahan-Bahan
·         10 gm serbuk agar2
·         750 ml air
·         150 gm gula pasir
·         3/4 cawan milo
·         1 tin susu cair
·         1 bungkus biskut oreo
Kaedah dan Langkah-Langkah
·         1.Masak serbuk agar2 bersama air dan gula hingga larut.
·         2.Masukkan susu cair n masak lagi hingga mendidih n tutup api.
·         3.Bahagikan kepada 2 bahagian ( bahagian A dan B ) dan masukkan milo pada satu bahagian ( bahagian B ) dan kacau larut. Bahagian A tidak perlu dicampurkan apa2..
·         4.Masukkan sedikit adunan bahagian B dlm acuan n biarkan ia mengeras sedikit.
·         5.Kemudian,masukkan adunan bahagian A dan patahkan dua biskut oreo kedalamnya.Biarkan ianya mengeras.
·         6.Akhir sekali,masukkan baki bahagian B tadi n biarkan ia keras(beku).
·         7.Masukkan dalam peti sejuk.
·         8.Boleh dipotong dan dihidangkan.
·         Hidangan : Pencuci Mulut
·         Jenis Resepi : Pencuci Mulut, Puding


KEK COKLAT KUKUS CHEESE
Bahan2;BAHAN A-1 cwn gula-1 cwn susu cair-1 cwn minyak masak/jagung-1 cwn koko-1/2 cwn susu pekatBAHAN B-3 bj telur gred ABAHAN C-1 cwn tepung naik sendiri
CARANYA: Campurkan semua bahan A n masak atas api kecil.Kacau supaya tak berketul bila dah sebati tutup api n biarkan sejuk.Pukul bahan B sampai kembang n gebu.masukkan bahan A kacau sebati n masukkan bahan C.kacau sampai sebati.Siap air kukusan mesti la d masak dulu barulah d kukus sebahagian adunan coklat sampai masak.sementara tunggu masak boleh la buat utk cheese nya.BAHAN UTK CHEESE-250gm cream cheese-60gm gula castor-25gm tepung gandum-25gm susu segar/susu cair-1 bj telurCARANYA:Pukul semua bahan kecuali telur sampai gebu n masukkan telur n pukul lg samapi sebati.siap utk d kukus semuanya apabila adunan coklat yg pertama dah masak.Kukus cheese td sampai masak n masukkan baki adunan coklat n kukus sampai masak. siappp...angkat n sejukkan barula d terbalikkan.*loyang hendaklah d sapu marjerin n d alas kertas minyak.*kek ni blh d kukus dlm bekas2 kecil.*adunan coklat bahagikan dua n kukus separuh coklat dulu lpas tu masak yg coklat masukkan cheese atasnya.Kukus hingga masak siap masukkan lebihan coklat n kukus lg sampai kek masak.TOPPING COKLAT-1 cwn koko-5 sdb susu pekat-1 sdb marjerin CARANYA: satukan semua bahan n kacau atas dapur.setelah sejuk,sapukan pd kek dan hias mengikut kegemaran masing2...
Al Fatihah, Status Terakhir Seorang Blogger Remaja

siapakah yasmin hunwick??
aku terlihat namanya ketika sedang berlegar-legar di blog seorang teman lalu aku terus mencari maklumat mengenainya.
berdarah kacukan inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwick atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Jun 2012.
Al-fatihah buat beliau.
kali pertama aina membaca kisah tragis yang menimpa dirinya, pilu menusuk ke dinding hati..
sungguh menyayat hati..

Tanggal 3 Jun 2012 telah berlaku tragedi tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah
Salah daripada mangsa adalah Yasmin Johan Eusoffe berdarah  kacukan Inggeris dan Melayu arwah lebih dikenali di internet sebagai Yasmin Hunwick
Kematian menjadi trending di twitter kerana sebelum daripada tragedi itu berlaku arwah sempat berkongsi cerita dengan menulis status berkaitan kehidupan di alam barzakh dan mimpi yang menakutkan menerusi akaun twitternya
Dalam pada itu arwah juga memuat-naik buku yang dibaca iaitu mengenai persiapan Menuju di Alam Barzakh


Arwah juga menyatakan perasaan gembira dan teruja setelah membaca buku tersebut.Seolah-olah arwah sudah merasai petanda-tanda mengenai kematian
Antara mimpi yang di alami arwah turut dikongsikan bersama rakan-rakan untuk di jadikan iktibar bersama


“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya.” 
(Surah Al-A’raf: ayat 34)
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” 



Kematian arwah meninggalkan kita bersama mesej supaya kita tidak alpa dengan kehidupan duniawi yang tidak akan kekal ini
Oleh itu marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah Yasmin Hunwick dan kawan-kawannya yang lain yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin.

kalau awak semua mahu mengunjungi blog arwah anda boleh klik Yasmin Hunwick 
blog arwah masih lagi aktif dan ibunya yang sering menulis di dalam blog tersebut sebagai melepas rindu kepada arwah.
sekali lagi mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Yasmin Hunwick.

setiap insan akan pergi
dan
andai suatu hari nanti tika aina sudah tiada di muka bumi ini
tolong jangan padam blog aina ye
biarlah ianya menjadi kenang-kenangan ^_^ (rasa sebak lah pulak)


"kadang-kadang Allah hilangkan MATAHARI, kemudian DIA datangkan guruh dan petir . puas kita menangis mencari-cari dimana matahari . rupa-rupanya ALLAH mahu hadiahkan kita PELANGI yang indah"